SONG..

Monday 17 September 2012

SAYA ANAK MALAYSIA!!!!!

SELAMAT HARI MERDEKA!!








Negera Malaysia kita telah Merdeka pada tanggal 31 Ogos 1957.  Pada tarikh 31 Ogos setiap tahun, seluruh rakyat Malaysia akan menyambut dan meraikan Hari Kemerdekaan,  Kebetulan, pada tahun 2012 ini, rakyat Malaysia meraikan dan merayakan dua perayaan sekaligus pada bulan Ogos iaitu Hari Raya Aidilfitri dan sejurus dua minggu selepas itu rakyat Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan pula.  Pada tahun ini, Malaysia telah menyambut kemerdekaan yang ke-55 tahun.  Bererti sudah lebih separuh abad Malaysia telah bebas dari pemerintahan dari penjajah.

Pada tahun ini, Malaysia sudah 55 tahun MERDEKA!!
                                     


Perayaan Hari Kemerdekaan disambut setiap tahun bagi meraikan hari kemenangan kita yang bebas dari penjajahan negara luar.  Kibaran bendera Malaysia atau lebih popular dikenali dengan nama "JALUR GEMILANG" berkibaran megah di seluruh negeri.  Semangat patriotik perlu sentiasa ada dalam diri seluruh rakyat Malaysia.  Perayaan ini disambut tidak mengira warna kulit, bangsa dan agama.  Semua rakyat Malaysia bersatu-padu untuk negara tercinta.




Tema Hari Merdeka pada tahun ini

Pada malam 31 Ogos setiap tahun, semua rakyat Malaysia akan menghitung detik-detik 12 malam bagi menyambung Malam Merdeka.  Ini lebih dikenali sebagai Ambang Merdeka.  Pada malam tersebut, akan ada persembahan-persembahan nyanyian lagu patriotik, tarian kebangsaan, perarakan kereta berhias bertemakan 'Hari Kemerdekaan' dimana kereta-kereta tersebut akan dihiasi dengan bendera-bendera Malaysia dan lampu-lampu yang berkelip-kelip.  




Sungguh meriah sekali acara-acara yang diadakan pada malam tersebut.  Selain itu, tidak lupa juga pertunjukan perarakan perbarisan dari kelab-kelab dan persatuan yang terlibat.  

Suasana Hari Perarakan






Tepat jam 12 malam pada malam tersebut, bunga api akan dipasang bagi menandakan waktu yang ditunggu-tunggu telah tiba.  Bunga api-bunga api tersebut sangat cantik dan menarik sekali.  Semua golongan akan seronok dan teruja bila melihatnya.  Acara ini kebiasaannya dilakukan di ibu kota iaitu tempat tumpuan orang ramai.






Di sekolah-sekolah dan pejabat-pejabat juga dihiasi dengan bendera-bendera yang bertemakan Hari Kemerdekaan.  Murid-murid diberikan didikan dan pengetahuan tentang pentingnya Hari Merdeka ini sejak sekolah rendah lagi.  Murid-murid ditonjolkan dengan pertandingan, perbariasan, perarakan, dan lain-lain menjelang bulan Kemerdekaan.  Sekolah dan pejabat dihias dengan bendera yang berbagai-berbagai saiz.  Semangat yang berkobar-kobar sentiasa ada dalam diri rakyat Malaysia.  Di peringkat universiti juga, terdapat juga acara Ambang Merdeka.  Antara yang terlibat adalah pelajar-pelajar, pensyarah dan warga universiti.  










Ini adalah lagu patriotik yang paling popular sejak dulu lagi






SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN!!






SALAM AIDILFITRI & SALAM MERDEKA BUAT SEMUA!!!!








No comments:

Post a Comment