SONG..

Monday 17 September 2012

SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT HARI RAYA


Bismillahirahamnirrahim..
Assalamualaikum w.b.t.

SELAMAT DATANG RAMADHAN AL-MUBARAK

Alhamdulillah.  Memanjatkan sejuta kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana sekali lagi seluruh umat Islam diberi peluang menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan pada tahun ini iaitu tahun 2012 bersamaan 1433H serta dapat mengumpul dan mendapat pahala yang lebih di bulan yang penuh dengan berkat dan rahmat ini. InsyaAllah.


JOM PUASA!!!


Pada Ramadhan kali ini, adalah tahun kedua saya menyambut Ramadhan di perantauan iaitu di negeri Perak. Satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan kenangan terindah iaitu dapat bersahur dan berpuasa dengan rakan-rakan. Disamping itu, ketiadaan keluarga tersayang disisi juga memberi impak yg besar kepada saya kerana sudah tentu amat merindui saat bersahur dan berbuka puasa bersama keluarga yang tercinta. Alhamdulillah, 1 Ramadhan tahun ini, saya dapat bersahur dan berbuka puasa serta menunaikan solat terawikh bersama keluarga tercinta di negeri kelahiran tercinta, Kota Bharu, Kelantan. Seterusnya, hari-hari berpuasa di perantaun dilalui dengan sebaik mungkin bersama-sama rakan-rakan yang dikasihi. Sebelum waktu berbuka, setiap petang bersama-sama ke Bazaar Ramadhan yang disediakan. Kami bersama-sama mengejar nikmat dan pahala di bulan yang baik ini dengan banyakkan melakukan ibadah sunah dan solat terawikh terutama 10 malam terakhir bagi mendapat pahala MALAM LAILATULQADAR. InsyaAllah. BERAKHIRNYA BULAN RAMADHAN Setelah genap 30 hari seluruh umat Islam menyempurnakan ibadah puasa, maka berakhirlah bulan RAMADHAN AL-MUBARAK 1433H yang penuh dengan barakah ini. 


SELAMAT TINGGAL RAMADHAN, SELAMAT DATANG SYAWAL!!!






Satukan tangan,satukan hati
Itulah indahnya silaturahim
Di Hari kemenangan Kita padukan
Keikhlasan untuk saling memaafkan
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Mohon Maaf Zahir Batin


  Ini adalah antara lagu raya kegemaran saya...



Rumah dihias indah dan cantik bagai istana bagi menyambut kedatangan dan kemeriahan SYAWAL 1433H. Baju raya yang cantik, berlabuci dan meletop telah siap tersedia digantung dalam almari. Takbir raya bergema di masjid, kaca televisyen dan corong-corong radio. Suasana dan kemeriahan Syawal kian terasa. Semua ahli keluarga dan sanak-saudara pulang ke kampung halaman dan berkumpul dengan riang dan meriahnya. Begitu juga dengan saya yang turut pulang ke kampung halaman pada malam raya bersama keluarga tersayang di Kota Bharu, Kelantan.  




Sepanjang perjalanan pulang ke kampung, kelihatan lampu 'kelip-kelip' yang berwarna-warni dan pelita menerangi kebanyakan rumah.  Anak-anak sedang seronok bermain bunga api bersama saudara mara dengan diperhatikan oleh ibu bapa mereka di halaman rumah masing-masing.  Ini adalah perkara wajib yang mesti ada setiap kali hari raya setiap tahun.  Pelbagai aktiviti dilakukan.  Masing-masing sibuk memasak pelbagai menu, membuat kuih raya, memasang langsir, mengemas rumah, menghias rumah dan bermacam-macam lagi.  Keriuhan malam raya amat terasa.







SUASANA SYAWAL

Pada tanggal 19 Ogos 2012,  seluruh umat Islam menyambut bulan Syawal.  Semua dengan pakaian yang serba baru dan cantik, serta penuh dengan kesederhanaan, seluruh keluarga berkumpul bersama.  Inilah masa yang ditunggu-tunggu. Seisi keluarga bersatu dan memohon maaf antara satu sama lain. Memohon setiap kekilafan serta salah dan silap masing-masing.


Memohon ampun dan maaf antara satu sama lain
Hari Raya Pertama

Sebahagian dari ahli keluarga

Bersama abang

Bersama kakak di Majlis Kesyukuran pada Raya  Pertama

Bersama kakak di Majlis Rumah Terbuka

Hari Raya Ke-2

Bersama kakak-kakak

Bersama ibu tersayang pada Hari Raya Pertama

Kemeriahan bersama saudara-mara

Kemeriahan bersama sanak-saudara

Di Majlis Rumah Terbuka

Ahli keluarga

Adik-beradik dan sepupu

Bersama kakak di Majlis Rumah Terbuka

Ibu dan adik beradik

Adik-beradik dan sepupu

Bersama kakak

Setelah selesai memohon maaf sesama keluarga, sama-sama melakukan ibadah solat Sunat Aidilfitri. Usai sahaja solat sunat Aidilfitri, semua bersuka ria sambil menikmati juadah yang menyelerakan air tangan ibu dan bondanya yang tercinta. Menu wajib pagi raya telah terhidang di meja makan.



Sate pembuka selera
Roti Jala dan Kuzi Ayam yang menyelerakan




 Ketupat dan rendang tidak dapat dipisahkan


Makanan wajib rakyat Malaysia menymbut Hari Raya, lemang dan rendang



Di Negeri Pantai Timur, menu NASI DAGANG adalah antara makanan yang wajib ada pada Hari Raya Aidilfitri

Sesudah menjamu selera, semua ahli keluarga bersama-sama ke pusara bagi menziarahi  mereka yang telah meninggalkan kita dan menyedekahkan al-Fatihah serta surah Yassin.  Amalan kunjung-mengunjung dan bertandang ke rumah sanak-saudara adalah perkara yang wajib juga pada hari raya.  Bagi mereka yang belum bekerja dan berkahwin, amalan mengumpul dan mengutip DUIT RAYA adalah perkara yang palng digemari dan menyeronokkan terutama di kalangan kanak-kanak.  Duit raya akan diletakkan dalam pelbagai jenis sampul yang menarik.  Hari-hari Syawal yang seterusnya, diraikan dengan penuh kesyukuran dan meriah sekali bersama ahli keluarga, sanak-saudara dan rakan taulan.  Kunjungi ke rumah terbuka tidak putus-putus dan berterusan dari satu rumah ke rumah yang lain bagi memenuhi undangan.  Pelbagai juadah disediakan dan terhidang di atas meja.



Antara contoh sampul DUIT RAYA yang beraneka jenis





SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHR BATIN!!!





No comments:

Post a Comment